Isnin, 9 Januari 2012

Anwar Ibrahim Dilepas dan Dibebaskan Pertuduhan Liwat

Mengikut Utusan Online Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim
hari ini tiba di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur jam 8:50 pagi
bersama isteri, Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail dan semua anak beliau
aku memang kagum sangat-sangat dengan keluarga ini
sentiasa menyokong Anwar Ibrahim biar apapun berlaku
keluarga kita, akan begitukah? Usah jawab dulu sebelum terbukti!
Turut hadir di mahkamah bagi mengikuti prosiding keputusan perbicaraan liwat
bekas Presiden Majlis Peguam, Datuk S Ambiga dan Sasterawan Negara, Datuk A Samad Said.

Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah
Memutuskan bahawa berkata, Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim
Dilepaskan dan dibebaskan daripada tuduhan meliwat Mohd Saiful Bukhari Azlan
bekas pembantu peribadi beliau hampir empat tahun lalu
alasan: tiada bukti yang menyokong keterangan Mohd Saiful,
dan mahkamah tidak boleh bergantung semata-mata kepada keterangan Saiful
untuk  mensabitkan Anwar.
dalam kes seksual, mahkamah keberatan untuk menyabitkan tertuduh
hanya berdasarkan keterangan mangsa, Mohd Saiful Bukhari Azlan sahaja.
mahkamah tidak dapat memastikan 100% integriti sampel DNA tidak terusik
Keputusan dikatakan diputuskan kurang daripada dua minit.


Anwar Ibrahim, 64 tahun, dihadapkan ke mahkamah atas tuduhan
meliwat Mohd Saiful Bukhari di Kondominium Desa Damansara, Bukit Damansara
antara jam 3.10 petang dan 4.30 petang pada 26 Jun 2008.
Perbicaraan kes liwat berkenaan mendapat tumpuan meluas bermula 3 Februari 2010
pihak pendakwaan memanggil 27 saksi dan 4 saksi menyangkal,
manakala 8 saksi pembelaan dipanggil termasuk Anwar  Ibrahim sendiri
yang memberikan keterangan daripada kandang tertuduh.
Ini merupakan tuduhan liwat kedua dihadapi Anwar.
Pada 1998, beliau pernah dituduh meliwat pemandunya, Azizan Abu Bakar.
 Anwar disabitkan bersalah dan dijatuhi hukuman penjara sembilan tahun oleh Mahkamah Tinggi
 Selepas rayuan, Mahkamah Persekutuan menolak sabitan dan
mengetepikan hukuman penjara serta membebaskan Anwar

Peguam Cara Negara II, Datuk Mohd Yusuf Zainal Abiden,
yang mengendalikan pendakwaan kes perbicaraan liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim,
memaklumkan, mereka belum memutuskan sama ada
akan membuat rayuan terhadap keputusan pembebasan Anwar
kerana mempunyai tempoh 10 hari untuk berbuat demikian.
Jadi sudah sewajarnya Anwar Ibrahim tidak rasa lega dahulu
Lebih berdebar-debar adalah ya…

Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata; perjuangan seterusnya
ialah membebaskan rakyat daripada penindasan 
Beliau turut berterima kasih kepada isterinya, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail
dan ahli keluarga yang memberikan sokongan padu
dah pasti juga kepada penyokong setianya, termasuk
barisan tertinggi kepimpinan parti pembangkang terutama Presiden PAS;
Datuk Seri Abdul Hadi Awang, barisan peguamnya; diketuai Karpal Singh,
Malam ini, Anwar bersama penyokong dijadual ke Permatang Pauh
bagi meraikan kejayaan kes berkenaan.

Mohd Saiful Bukhari Azlan, 26 dalam akaun Twitter redha
dengan keputusan tidak bersalah Anwar Ibrahim dibuat mahkamah Tinggi KL
Dia berkata "Tidak di dunia, namun di Masyar PASTI.
Redha dgn ketentuanNya. Akan terus tenang, doa, istiqamah dan sabar.
Illahi Antal Maksudi Wa Ridhoka Mathlubi,"
Beliau akan terus tenang, berdoa dan sabar menerima keputusan
Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah.
Mohd Saiful tidak hadir semasa mahkamah membuat keputusan itu. 


Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng berharap:
tidak akan ada konspirasi ketiga terhadap Ketua Pembangkang,
Datuk Seri Anwar Ibrahim selepas ini.
Bukan Guan Eng je harap macam tu
Akupun: penatlah dengan semua ni
Keluarga dan orang yang terlibat lagi penat kan?

Kepada penyokong Anwar Ibrahim, kepada penyokong Saiful Bukhari
kepada penyokong aku hu hu hu
[macam mana aku boleh termasuk dalam ini cherita?]
harapnya dah boleh terima keputusan ni
[walaupun aku tahu mesti ada pihak yang tak puas hati juga]
Jom lah kita kerja kuat sikit tahun ni
makmurkan Negara, majukan Negara untuk anak cucu nanti
aku yang belum ada bapak anak ni pun fikir jugak sampai cucu
ham pa yang dah beranak cucu tu lagilah kena fikir
Ya dak?

Kagum juga aku dengan orang Malaysia ni
mereka memang kreatif tak kira apa situasi
kalau musim perayaan, memang dah biasa buat mercun
sekarang ni dah pandai reka bom pula
letupan berlaku dalam tiga kejadian berasingan selang 10 minit
di perkarangan luar Kompleks Mahkamah Jalan Duta pagi tadi
berlaku jam 10.45 pagi selepas keputusan perbicaraan kes liwat Ketua Pembangkang,
Datuk Seri Anwar Ibrahim diumumkan oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.
Bom buatan sendiri itu menggunakan bebola besi diletakkan di dalam kon,
berdekatan lampu isyarat laluan masuk ke kawasan kompleks mahkamah.
Letupan itu menyebabkan sebuah kereta polis Perodua Kembara rosak
dan dua lelaki cedera ringan pada bahagian muka.
Kalau ikut Berita Online, Kejadian pertama jam 10.10 pagi:
mengakibatkan seorang peguam cedera di bahagian muka,
kira-kira 50 meter dari laluam masuk utama mahkamah.
Pada jam 10.45 pagi, letupan kedua kedengaran berhampiran Pusat Penjaja Jalan Duta
mengakibatkan seorang individu lelaki cedera di bahagian tangan.
Tak tahu mana satu yang tepat, (polis masih belum membuat kenyataan rasmi
berhubung insiden ini, kita nonton Buletin Utama malam nanti ya)
namun, letupan 3 kali, mangsa juga 2 orang.
Ekoran kejadian itu, Polis menemui parang dan pisau pemotong daging
dalam sebuah kereta Nissan Sunny diletakkan berhampiran lokasi letupan pertama
(berdekatan lampu isyarat laluan masuk ke Kompleks Mahkamah Jalan Duta)
nak tahu dan tengok banyak gambar pasal perhimpunan "Bebaskan Anwar 901"
boleh tengok di Blog Sdr Mazidul yang berada di tempat kejadian


Wahhhhh kalau macam ni gayanya
aku sangat yakin satu hari nanti negara kita
mampu menjadi pengeksport bom ke Somalia

2 ulasan:

JunAina berkata...

Jangan risau jugak sekiranya suatu hari Malaysia jugak jadi hamba Amerika...:)

eelobor berkata...

oh negaraku......