Rabu, 13 Mac 2013

Anggota ATM Yang Terkorban Dinaikkan Pangkat Koperal


DariNya kita datang, kepadaNya jua akan kembali. Alfatihah. Semoga roh mereka ditempatkan bersama para syuhada. Aminnn. Salam takziah kepada seluruh keluarga.

Alhamdulillah. Kedua-dua jenazah telah selamat tiba di kampung halaman.

Alhamdulillah. Kedua-dua anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang terkorban dalam Operasi Daulat di Lahad Datu akan dinaikkan pangkat kepada Koperal dan menerima pencen terbitan kira-kira RM2,000 serta faedah lain secara kumulatif termasuk insurans kelompok, koperasi dan tabung amanah berjumlah hampir RM170,000.

Pengumuman itu dibuat oleh Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi ketika menyambut ketibaan jenazah Prebet Ahmad Hurairah Ismail, 24, dan Prebet Ahmad Farhan Ruslan, 21, di Pangkalan Udara Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM). Kematian Allahyarham Ahmad Hurairah adalah kes pertama pasukan ATM sejak Ops Daulat dilancar 5 Mac lalu. Anggota tentera yang cedera dikenali sebagai Koperal Khairul Anuar dan dirawat di Hospital Duchess of Kent. Doakan beliau cepat sihat.

Ahmad Hurairah terkorban dalam pertempuran dengan pengganas di Sungai Nyamuk, Kampung Tanjung Batu, Lahad Datu manakala Ahmad Farhan terbunuh dalam kemalangan jalan raya di Jalan Lahad Datu-Chenderawasih ketika menghantar makanan untuk anggota keselamatan dalam operasi itu. Kedua-dua jenazah akan diterbangkan ke Lapangan Terbang Pengkalan Chepa, Kota Bharu, Kelantan Pada jam 8.45 pagi dan dijangka tiba jam 10.15 pagi dengan pesawat Carlie C-130 Hercules.

Sidang Media Pesuruhjaya Polis Sabah berhubung perkembangan terkini Op Daulat 13 Mac 2013 jam 10.30 pagi:



Sama-sama kita doakan semoga semua ini diselesaikan dengan segera.


Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sudah mengadap Yang DiPertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah hari ini di Istana Negara. Adakah parlimen akan bubar esok lusa?

Maka, kerancakan musim pilihanraya akan bermula. Kempen-kempen parti politik akan lebih meriah. Bila tarikh mengundi ya?

Sama-samalah kita nantikan.



5 ulasan:

Kakcik Seroja berkata...

Nak mengundi ke tak... ya ke tidak, tidak ke ya?


hmmmmmm....

Dr K berkata...

saya harap...konflik ni cepat selesai..kalau tak, entah berapa ramai lagi nyawa anggota keselamatan kita yg akan terkorban

Mak Wardah berkata...

Semuga segala sengketa dapat ditamatkan secepat mungkin, keamanan menjadi milik rakyat Sabah, kesian mereka yang kehilangan ahli keluarga.

Rozita Ceritaita berkata...

kat kuantan ni perang gak... perang bendera...rimas!!

Unknown berkata...

saya pun harap benda ni cepat selesai..takut sebenarnya..