Khamis, 7 Mac 2013

Penyokong Bola Sepak Kelantan Doakan Keselamatan Sabah


Semalam, ada perlawanan bola sepak di Stadium Sultan Muhammad Ke IV antara pasukan Kelantan dan Maziya Sports & Recreation Club dari Maldives. Sebelum mulakan perlawanan, kira-kira 10,000 penonton bertafakur dan hadiahkan bacaan surah Alfatihah sebagai menghormati lapan anggota polis yang terkorban akibat pencerobohan kumpulan pengganas bersenjata di Lahad Datu dan Semporna, Sabah.

Penonton tafakur di Stadium Sultan Muhammad IV, membuatkan suasana stadium yang riuh rendah menjadi sunyi sejenak.

Satu Malaysia mendoakan keselamatan kepada anggota pasukan polis dan tentera yang kini sedang berjuang untuk menghapuskan kumpulan penceroboh itu di Sabah.


Aku tahu ramai orang Malaysia tak suka orang Kelantan. Ada yang sangat benci dengan orang Kelantanpun. Tapi aku tetap bangga jadi orang Kelantan walaupun telah diumumkan sebagai negeri paling miskin di Malaysia. Dan aku lebih bangga bila ramai rakyat Kelantan tetap mendoakan kesejahteraan dan keamanan pulih semula di Sabah.

Bagi yang tinggal di Bandar Baru Bangi, UKM dan sekitarnya, malam ini bertempat di masjid UKM, satu majlis solat hajat mendoakan perlindungan dan kemenangan anggota keselamatan sedang bertugas di Sabah akan diadakan. Bolehlah ramaikan kehadiran. Pada waktu sebeginilah kita patut lebih bersatu.


Masa ini bukanlah masa untuk kita saling salah menyalahkan. Tak perlu tuding jari kepada sesiapa, kerana orang itu sendiri memang tak lena tidur dengan kesilapan sendiri andai hatinya masih ada hidayah. Lainlah kalau hatinya dah mati.

Kalau baca sejarah mana-mana keruntuhan empayar duniapun, kejatuhan empayar kerajaan terbilang disebabkan khianat orang sendiri. Pengkhianat dan musuh dalam selimut ini yang menimbulkan porak peranda dan suasana tidak aman. Apalagi dalam dunia serba IT sekarang ni. Mungkin kita tak sedar, sebaris komen yang kita letak di wall FB sangat besar kesannya. Orang kata, kalau kita tak mampu nak bangkitkan semangat juang orang lain, usahlah pula patahkan semangat orang lain. Usah bacul! Rosyam Nor pun berikan kata semangat kepada seluruh perwira negara yang menaikkan kobaran semangat semua, kita pula memperlekehkan orang lain. Mematahkan semangat orang. Dahlah pengecut nak berjuang, bacul pulak dengan kritikan. Tak mengerti aku dengan spesies macam ni.

Kajilah sejarah kita, akan kita jumpa sebab apa kita rebah dalam beberapa situasi. Kenapa Tok janggut gugur di perbatasan. Kenapa Mat Kilau dibunuh. Kenapa penjajah menguasai Tanah Melayu…banyak lagi soalan kenapa dan siapa yang ada dari dahulu hingga sekarang. Aku tak nak sebut pasal hak Melayu, hak raja-raja Melayu, hak bahasa melayu, agama Islam dan macam-macam hak lagi yang dah hilang haknya, sebab kalau sebut dah jadi isu sensitif. kajilah sendiri, kemudian fikirkannya semula apa yang berlaku.

Bawa balik kemenangan untuk kami. Selamat pergi, selamat kembali duhai perwira

Jadi, usahlah jadi pengkhianat bangsa. Usahlah jadi dalang. Usahlah gadai Malaysia yang kita cintai hanya semata-mata kerana kepentingan diri sendiri. Usah berfikiran singkat. Fikirkan sama nasib anak cucu kita pada masa depan. Ganerasi kita nanti. Memanglah tembolok kita dah penuh kekenyangan hasil jualan pengkhianatan itu, namun bagaimana nasib keturunan kita nanti? Lena tidurkan melihat keamanan yang ada berkecai? Dengan apa kita nak tebus? Dah mati nanti, ada upayakah untuk kita minta maaf dengan puluhan juta rakyat Malaysia yang telah kita khianati itu?

Ini entri kecintaan aku terhadap Negara Malaysia yang aku kasihi. Aku anak Kelantan yang diistiharkan miskin ini tidak pernah miskin semangat kepada negerinya yang miskin itu dan negaranya yang kaya ini. Dan aku berjuang dengan cara aku sendiri.

Cik Bintang kata aku ni pendekar. Maklumlah, anak pendekar. Semangat kependekaran bak Tun Fatimah itupun tetiba berkobar-kobar.





9 ulasan:

Kakcik Seroja berkata...

Benar, sejarah membuktikan bahawa orang yang rapat dan dekat dengan kitalah yang selalu membuatkan kita tersungkur...

anyss berkata...

kakcik: saya pun tersungkur sbb org yg dekat....jd sejarah juga ;)

shaliza berkata...

bersatu kita teguh..bercerai kita roboh:-)
tapi kannnn kalau lah dipanjang kan umur mahu jugak diketahui siapa yg jd dalangnya:-(

anyss berkata...

Shaliza: selamat datang. memang nak tahu sangat2. tapi, sape nak mengaku dia jadi dalang...memasing lempar batu sembunyi tangan

Unknown berkata...

pray for sabah..

Azian Elias berkata...

i suka kelantan..i suka tok.guru..i suka food kelantan..i suka kecek kelate..cuma i tak suka nak.drive ke kelantan..penattttt...

Kakzakie Purvit berkata...

Kakak tapi suka kelantan. Kalau baca komen kakak pada N3 teman-teman blogger pasti tahu walau kakak org Johor tapi kakak selalu side ke Kelantan. Dari makanan, pemimpin, pasukan bola pun sama. Itu yg kakak salute.

Kak Amy berkata...

Saya orang perak dan satu ketika dulu sangat x suka dengan orang kelantan tapi bila bertemu jodoh dengan org kelantan dan duduk pula di negeri kelantan.. dari situ baru saya tahu macam mane org kelantan.. saya sangat respect dengan orang di sini and i love negeri kelantan...

azieazah berkata...

Semangat baca entri ini, plus rasa terharu. I like Kelantan, okeh.

Biarpun cuma sedikit sumbangan, tapi niat yang ikhlas insyaAllah akan mendapat ganjaran.