Memaparkan catatan dengan label Floria Putrajaya 2012. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Floria Putrajaya 2012. Papar semua catatan

Rabu, 4 Julai 2012

Tangkapan Petang Tadi...


Petang tadi berkesempatan ke Floria Putrajaya 2012
pendek kata, habis bateri kamera cap ayam serama itulah jugak
seronok dok klik klik snap gambar
walaupun tak secanggih kamera orang yang
besar bagak siap pikul tiang segala tu

Jadi, inilah antara hasil tangkapan petang tadi


Paling suka yang ni...pepel gitu
comel jeeee...

Jom kita joget-joget menari inang pulau kampai hu hu hu


Walaupun cuaca mendung dan kurang panas
tambah lagi ada percikan air untuk kurangkan kepanasan
tapi aku tetap migrin juga...nak lelap mata jab
mana tahu bangun nanti dah hilang denyut di kepala...

Berita Palsu Pemberian Bonus Aidilfitri???


Patutpun ramai yang lalu lalang kat blog cari pasal bonus Aidilfitri
bila masa pulak PM umum nak beri bonus sempena hari raya nanti
hairan jugak aku…tapi, sebab migrin gara-gara meredah panas
errrr sebenarnya mendung je pun, nak habaQ redah mendung
pergi Floria Putrajaya 2012, kang ada yang gelak sampai jatuh golek-golek
aku buat tak tahu aje hinggalah bila baca akhbar Sinar Harian online
terjumpa tentang hal ni…

Ikut catatan akhbar tu, Bernama tidak mengeluarkan berita
kononnya kerajaan akan beri bonus setengah bulan gaji
dengan bayaran minimum RM500 kepada semua penjawat awam
untuk sambutan Aidilfitri tahun ini…berita palsu itu disiarkan Isnin lepas
dalam sebilangan akaun Facebook, kononnya ekoran pihak tertentu
(tidak bertanggungjawab & ada agenda sendiri) menampal pada portal
berita "myMetro", untuk membuatnya kelihatan sahih
laporan polis akan dibuat, tapi menurut beberapa komen
berita berkenaan adalah berita yang diselongkar dari arkib tahun lepas.

Komen aku: bila ada khabar angin bergerak macam ni
biasanya akan jadi huh u hu
dapat 2 bulan gajipun aku tak marah
hutang yuran masih banyak belum bayar lagi ni
la la la boleh gitu?
Alahhhhh takat bonus raya dua bulan gaji
taklah banyak mana pun kan? Hu hu hu
nak guna masa raya dan bayar yuran je pun
bukannya nak melancong bercuti melencong ke swedan ke apa