Memaparkan catatan dengan label Puskas Award 2016. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Puskas Award 2016. Papar semua catatan

Selasa, 10 Januari 2017

Faiz Subri Menangi Jaringan Gol Paling Cantik PUSKAS 2016


Orang kata tuah ayam nampak di kaki...tuah orang tak siapa yang tahu. Namun, hakikatnya, tuah Faiz Subri juga terletak pada kakinya apabila beliau telah dinobadkan sebagai pemenang untuk jaringan gol paling cantik sepanjang 2016 dalam Anugerah Puskas Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA). FIFA tu...bukannya KADA ke, KAFA ke...jangan pulak ada orang tanya KADA tu pasukan bola sepak mana pulak ya, tanyalah nak kena lempang! 

Wah! Tetiba Faiz Subri pun dah jadi glamer satu dunia. Tahniah Faiz! Tahniah Malaysia!

ANUGERAH PUSKAS FIFA 2016 FAIZ SUBRI CIPTA SEJARAH [9 JAN 2017]



Faiz Subri merupakan penyerang Pulau Pinang, berusia 29 tahun, menerima anugerah hasil keunikan sepakan percuma tersebut daripada legenda bola sepak Brazil, Ronaldo dalam majlis gilang-gemilang 'The Best Fifa Awards'™ di Zurich, Isnin (awal pagi Selasa di Malaysia). Pemain Liga Super itu mengetepikan dua lagi finalis, Johnath Marlone Azevedo da Silva dari Brazil dan pemain wanita Venezuela, Daniuska Rodriguez untuk meraih anugerah yang julung kali dimenangi pemain Portugal, Cristiano Ronaldo pada 2009.

Jom kita tengok unik setara mana sepakan emas Faiz Subri ni hingga berjaya mengenepikan jaguh bola sepak dunia;

Video Sepakan Emas Mohd Faiz Subri (MAS) - FIFA PUSKAS AWARD 2016 Reaksi NOMINEE



Ambik kau! Tu dia ehhh!

Mohd Faiz dah cipta sejarah sebagai pemain Asia pertama dikurniakan anugerah itu yang dinamakan sempena legenda bola sepak Hungary, Ferenc Puskas. Puskas ni pemain hebat bersama pasukan Real Madrid pada 1950-an dan 60-an serta bersama pasukan kebangsaan negara beliau.
Wajah sang juara. Tak kira apapun orang kritik, dia memang juara!

Kejayaan Faiz Subri itu sekaligus menjadikan gol ajaib Faiz Subri - ketika pasukannya, Pulau Pinang menentang Pahang adalah gol yang tercantik di dunia sepanjang tahun 2016. Wow! Bola Sepak Malaysia dah setaraf dengan bola sepak dunia engkau! 

Mohd Faiz meraih 59.46 peratus undian, manakala Marlone (22.86 peratus) dan Rodriguez (10.01 peratus).

Ucapan Faiz Subri Kepada Seluruh Rakyat Malaysia



Anugerah jaringan gol paling cantik Puskas pernah dimenangi Ronaldo (Portugal ) pemain Turki, Hamit Altintop (2010), pemain Brazil,Neymar (2011), Miroslav Stoch dari Slovakia (2012), Zlatan Ibrahimovic dari Sweden (2013) dan pemain Colombia, James Rodriguez pada 2014. Wendell Lira (Brazil) pada 2015, dan dengan bangganya aku nak tulis Anugerah jaringan gol paling cantik Puskas 2016 dimenangi oleh Faiz Subri dari Malaysia. Wah!