Memaparkan catatan dengan label bonus aidilfitri. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label bonus aidilfitri. Papar semua catatan

Jumaat, 2 Jun 2017

Bonus Raya RM500 untuk Penjawat Awam

SIARAN MEDIA: BANTUAN KHAS KEWANGAN BERSEMPENA HARI RAYA AIDILFITRI 2017

Kerajaan bersetuju untuk memberi Bantuan Khas Kewangan sebanyak RM500 kepada hampir 1.6 juta penjawat awam sebagai persiapan untuk menyambut Hari Raya Aidilfitri 2017. Bantuan Khas ini juga akan turut dinikmati oleh hampir 775,000 pesara Kerajaan sebagai menghargai jasa perkhidmatan dengan jumlah bayaran sebanyak RM250.

Pembayaran bagi bantuan khas ini akan dibuat sebelum 9 Jun 2017.

Bantuan Khas Kewangan kepada penjawat awam dan pesara Kerajaan ini membabitkan anggaran peruntukan kewangan sebanyak RM1 bilion.

Kerajaan berharap dengan pemberian Bantuan Khas ini dapat meringankan beban kewangan kepada penjawat awam dan pesara bagi persiapan Hari Raya Aidilfitri 2017.

Kementerian Kewangan
Putrajaya

2 Jun 2017

Rabu, 24 Julai 2013

Bonus Aidilfitri Vs Bayaran Khas Kewangan


Masih lagi teramat mengantuk walaupun petang tadi dah tidur mati. Nasib baik nyawa datang balik, kalau tak… tak sempat berbuka puasa.

Alhamdulillah, akhirnya teka teki dan persoalan serta pertanyaan yang berlegar-legar dalam batu jemala hamba ini terjawab sudah. Angin yang bertiup atas bumbung rumahku itu benar jua lah adanya berkata-kata. Khabar angin pemberian bantuan khas kewangan 2013 sempena aidilfitri @ bonus raya, terjawab sudah. PM dah umumkan pemberian bayaran khas kewangan sempena aidilfitri 2013.

Hari ni, Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mengumumkan bonus sebulan gaji kepada penjawat awam negeri Selangor seramai 21,776 orang sempena Aidilfitri tahun ini, melibatkan peruntukkan RM30 juta. Bonus akan diberi selewat-lewatnya hujung bulan ini.

Bonus ini diberikan kepada kakitangan tetap, kontrak dan sambilan...namun sekiranya kerajaan pusat mengumumkan pemberian bonus sebulan setengah gaji kepada penjawat awam, maka kerajaan Selangor akan menambah lagi (bonus) setengah bulan gaji kepada penjawat awam di negeri ini.

Wow!!!!! Sebulan tu. Untung penjawat awam di negeri Selangor ya…tetiba rasa nak jadi penjawat awam negeri Selangor huh u hu kufur nikmat!

Hari ni juga PM Najib Tun Razak umumkan bayaran Bantuan Khas Kewangan kepada penjawat awam berjumlah RM500 bagi Gred 1 hingga Gred 54 sebagai persiapan hari raya Didilfitri. Bayaran akan dibuat pada 31 Julai ini.

Perdana Menteri turut mengumumkan Bayaran Bantuan Khas Kewangan kepada pesara kerajaan sebanyak  RM250 melibatkan 660,000 pesara kerajaan bagi menghargai jasa bakti mereka. Bayaran Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri kepada penjawat awam dan pesara kerajaan itu membabitkan peruntukan kewangan RM670 juta dan RM165 juta.

Persoalan aku: bila jumlah bonus penjawat awam seMalaya hanya RM500 sahaja, adakah penjawat awam negeri Selangor tetap dapat bonus sebanyak sebulan gaji? Ohhhhh! Ada nada cemburu di situ ya…

PsssT: tengah tunggu keputusan pilihanraya kecil dun Besut ni…siapa akan jadi wakil rakyat ya?



Rabu, 25 Julai 2012

Bonus Setengah Bulan Gaji @ RM500 Sempena Aidilfitri


Alhamdulillah, hari ni semua dah tahu yang
Penjawat awam akan dapat imbuhan @ bonus setengah gaji
Sempena Aidilfitri bakal tiba,
manakala bekas penjawat yang dah pencen juga turut
mendapat imbuhan sebanyak RM500

maklumat lanjut boleh kalian baca di sini


Khamis, 12 Julai 2012

Berapa Belanja Untuk Aidilfitri Nanti?


Sabtu lepas Cik bintang ajak buat senaman kaki
Jam 10 malam kami menapak jenjalan di downtown Reko Sentral
Dah lama juga tak buang peluh kat sana
Biasanya tak beli apapun...buang peluh je
Jamu mata, tengok apa yang orang jual, kemudian balik

Alang-alang dah buat senaman kaki
Belek-belek tengok baju budak-budak
Anak buah baru yang aku belum tengok lagi tu
belum beli apa-apa saguhatipun lagi
Cadangnya nak beli baju raya
Tak tahu lagi apa yang akan terbeli nanti

Belek sana belek sini, pusing sana kawad sini
Paling murah kemeja untuk budak umur 2 tahun
Agak mahal juga...RM40, gaun budak perempuan RM35
Bagi aku yang tak ada anak...mahal!
Kain untuk budak kecik kan pakai sikit je,
Awatnya mahai benor? Opssssss!

Sambil bersenam kaki itu jugalah kami dok congak
Berapalah kos diperlukan tiap kali raya Aildilfitri
Untuk satu keluarga yang ada anak 3 orang
belum lagi yang ada anak 6 bakal jadi 7 tu...
tahun depan seorang lagi anak buah bakal datang hu hu hu
Bajunya sehelai pun dah puluhan ringgit gitu
Belum lagi seluar, belum lagi kasut
Belum juga sepasang baju melayu
Songkok lagi...kalau anak perempuan, tudung pula
Berapa pasang baju raya untuk anak tiap tahun?

Berapa pula kos untuk kuih raya? Duit raya?
Kos balik kampung? Wahhhhh! Banyaknya nak berhabis!
Nape lah pemberian bonus Aidilfitri 2012 tu hanyalah berita palsu?
Kalau tak, lepas kos untuk balik kampung walaupun
Tak lepas untuk duit raya...
Ish! memang tak ada harapan dapat bonus aidilfitri ek tahun ni?


Rabu, 4 Julai 2012

Berita Palsu Pemberian Bonus Aidilfitri???


Patutpun ramai yang lalu lalang kat blog cari pasal bonus Aidilfitri
bila masa pulak PM umum nak beri bonus sempena hari raya nanti
hairan jugak aku…tapi, sebab migrin gara-gara meredah panas
errrr sebenarnya mendung je pun, nak habaQ redah mendung
pergi Floria Putrajaya 2012, kang ada yang gelak sampai jatuh golek-golek
aku buat tak tahu aje hinggalah bila baca akhbar Sinar Harian online
terjumpa tentang hal ni…

Ikut catatan akhbar tu, Bernama tidak mengeluarkan berita
kononnya kerajaan akan beri bonus setengah bulan gaji
dengan bayaran minimum RM500 kepada semua penjawat awam
untuk sambutan Aidilfitri tahun ini…berita palsu itu disiarkan Isnin lepas
dalam sebilangan akaun Facebook, kononnya ekoran pihak tertentu
(tidak bertanggungjawab & ada agenda sendiri) menampal pada portal
berita "myMetro", untuk membuatnya kelihatan sahih
laporan polis akan dibuat, tapi menurut beberapa komen
berita berkenaan adalah berita yang diselongkar dari arkib tahun lepas.

Komen aku: bila ada khabar angin bergerak macam ni
biasanya akan jadi huh u hu
dapat 2 bulan gajipun aku tak marah
hutang yuran masih banyak belum bayar lagi ni
la la la boleh gitu?
Alahhhhh takat bonus raya dua bulan gaji
taklah banyak mana pun kan? Hu hu hu
nak guna masa raya dan bayar yuran je pun
bukannya nak melancong bercuti melencong ke swedan ke apa