Memaparkan catatan dengan label teks ucapan penuh bajet 2018. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label teks ucapan penuh bajet 2018. Papar semua catatan

Jumaat, 27 Oktober 2017

Intisari Bajet 2018 Belanjawan Malaysia



Tengah tunggu depan TV ke tu?

Huihhhhh! Sangat teruja nak tengok Belanjawan tahun 2018, ya lah katanya Bajet 2018 ni bajet praPilihanraya. Jom kita tengok apa ringkasan dan intipati Bajet 2018 yang dibacakan Perdana Menteri petang ni.

Teks ucapan penuh pembentangan Belanjawan 2018 Bajet prapilihanraya ni memang selepas siap ucapanlah baru boleh kita pakat teliti. Kena sabar sikitlah ya.

Berikut ambo senaraikan intisari Bajet 2018 Belanjawan Malaysia tahun hadapan. Ikut mana sempat ajelah ya. Maklumlah, ambo dengar sambil buat kerja huhuhuhu masa tengah kusyuk buat kerja tu lupa nak dengar apa yang Pak Jib baca huhuhuhu




Naik taraf Pengangkutan awam, antaranya;

  • ·         Sejumlah 55 juta subsidi keretapi luar bandar dari Tumpat ke Gua Musang
  • ·         Naik taraf lapangan terbang antarabangsa Pulau Pinang dan Langkawi
  • ·         Membina lapangan terbang Mukah, besarkan Lapangan terbang KB.
  • ·         Jambatan hubungkan Labuan dengan tanah besar di Sabah




Bajet 2018 prihatin dengan Peneroka FELDA;

  • Kembalikan semula wang tanam semula kelapa sawit
  • 5,000 unit rumah peneroka felda
  • Naik taraf air & jalan, & lampu jalan
 2018 tahun memperkasa Wanita, dengan langkah;

1. Wajibkan sekurang-kurangnya 30% wanita dalam Lembaga Pengarah GLC.
2. Cuti bersalin swasta dilanjutkan dari 30 hari ke 60 hari
3.  Dana untuk keusahawan wanita
4. Wanita kembali berkerja; pengecualian cukai  2 tahun berturut (2018 hingga 2020) bagi wanita yang kembali berkerja semula.




BR1M 2018: Seramai 7 juta penerima terus menerima BR1M dengan kadar maksimum RM1200.

  • Khabar gembira kepada 2.3 pembayar cukai N40 (pendapatan isi rumah RM9 ribu ke bawah), kadar bagi cukai pendapatan dikurangkan 2 mata bagi pendapatan tahunan, iaitu dari 5% kepada 2%, 10% ke 8% dan nilaian 16% kepada 14%. Ini bermakna, lebih 261 ribu orang tidak perlu bayar cukai pendapatan tahun 2018.
  • Kedai Rakyat 1Malaysia distrukturkan semula dengan 5 barang keperluan asas berharga lebih rendah iaitu, tepung, beras, gula, gas dan….opssss tak dan nak salin huhuhuhu.
  • Pengguna lebuhraya di Selangor, Kedah dan Johor: mansuhkan tol di tol batu 3 Shah Alam dan tol Sungai  Rasau, (Selangor), tol Bukit Kayu Hitam (Kedah) dan tol Eastern Dispersal Link (Johor).




Pembantu rumah asing: kaji semula kos supaya dapat dikurangkan. Kerajaan memberi pilihan untuk mengambil pembantu rumah secara langsung dari 9 negara tanpa melalui agen.  Majikan boleh memohon visa dan levi daripada imegresen secara online. 


Pengecualian cukai terhadap rumah sewaan sebanyak 50% daripada pendapataan dengan syarat sewaan bernilai RM2,000 sebulan.

KITA UKM akan dinaik taraf…wahhhh! Senyum lebar Prof Ulung ni. Berbaloi betul Prof Datuk komplen tentang kekurangan data, tetiba dapat segedebuk dalam Bajet 2018


BONUS PENJAWAT AWAM dalam BAJET 2018?

Khabar yang ditunggu-tunggu oleh Penjawat Awam. Macam biasa, Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) dah terang-terang beritahu senarai 11 perkara yang dimohonuntuk penjawat awam. Jadi, apa yang dah berjaya capai daripada 11 perkara tersebut? Inilah yang diumumkan dalam Bajet 2018 khusus untuk penjawat awam;


  • Rumah Idaman: Bermula 1 Januari 2018;  benarkan join loan (suami-isteri & anak-anak; dengan syarat semua penjawat awam)
  • Kenaikan pangkat time based kedua dalam tempoh 14 tahun bagi penjawat awam bahagian pengurusan
  • Penjawat awam bersara kerana sebab kesihatan akan menerima faedah persaraan seperti pegawai berkhidmat sehingga umur persaraan. [Okeh, ambo dah boleh mohon pencen huhuhuhuhu].
  • Gantian Cuti rehat yang melebihi 150 hari boleh digunakan sebagai cuti rehat pada tahun persaraan.
  • Naikkan kadar cuti rehat khas dari 7 ke 10 hari setahun bagi pegawai perkhidmatan pendidikan
  • Cuti tanpa rekod untuk tunaikan umrah
  • Waktu kerja berperingkat ditambah untuk jam 9 pagi hingga 6 petang.
  • Keistimewaan kepada Penjawat awam yang mengandung lebih 5 bulan ke atas dibenarkan balik awal 1 jam, begitu juga suami yang berkerja berdekatan juga.
  • Cuti bersalin ditambah daripada 300 hari ke 360 hari sepanjang perkhidmatan tertakluk 90 hari setahun.
  • Kadar pencen terendah RM seribu sebulan dengan tempoh 25 tahun perkhidmatan.
  • Ketua Kampong, Tok Batin: bayaran khas RM1500 bayaran dengan bayaran RM seribu pada bulan Jan dan RM 500 pada Aidilfitri.
  • Elaun Kepada Imam, Guru Kafa, Tok Siak, bayaran khas sebanyak RM1500 dengan bayaran pertama pada Jan dibayar sebanyak RM seribu, selebihnya RM500 lagi di bayar pada Aidilfitri.
Kesetiaan Penjawat Awam katanya diberikan bayaran khas Penjawat Awam sebanyak RM1500 dengan RM seribu pada bulan Jan dan RM 500 pada Aidilfitri. 

Bayaran Khas Pesara kerajaan RM700 diberikan bayaran khas sebanyak dengan RM500 pada bulan Jan dan RM 200 pada Aidilfitri.



Boleh baca dan muat turun Teks Ucapan Penuh Bajet 2018? 

Jam 6 petang akan dimuatnaik di laman web Bajet 2018 tersebut.