Anda Juga Mungkin Berkenan

Jumaat, 13 Januari 2017

Perangai Kita Memang Gitu



Kita selalu nampak orang cari salah kita je,
Kita tak nampak pun tang kita dok cari salah orang.

Kita dok nampak orang tak bayar hutang kita je,
Kita tak nampak pun tang kita dok lengahkan bayar hutang orang
hingga akhirnya lupa terus nak bayar.

Kita dok nampak orang bergosip buat ketupat pung pang pung pang,
Kita tak nampak pun tang kita dok komen-komen kat FB, blog, tweet blab la bla
dengan sindir perli kutuk maki hingga menjurus arah fitnah.
Padahal kita bukan kenal dia pun.

Kita dok sentap dengan semua status orang di media sosial
padahal dia cerita pasal kucing je pun
dan kita tak nampak pun tang wall kita penuh
dengan macam-macam status dan gambar
setiap 5 minit hingga naik pening fren nengoknya
Adakala semua tu tak ada kaitan langsung pun dengan kita
Dan kita memang betul-betul tak nampak?
Atau buat-buat tak Nampak?

Kita dok nampak orang gunakan kita je
Masa kita gunakan orang kita ingat tak?
Masa kita mintak tolong dia belikan air jagung kat pasar malam
Padahal kita tau pun dia dok bawak segala macam barang
Padahal kita tau pun dia bawak motor cabuk aje pun
Tapi kita dengan mudah nafikan “alah! Air sebungkus je pun nak berkira”

Kita dok nampak orang lupa kita je,
Kita tak nampak pun tang kita yang hanya cari orang masa susah je.
Masa kita senang kita cari orang lain
Bila orang lari nampak kita, makanya…kita pulak yang sentap.
Kita rasa dia hanya layak terima masalah kita aje ke?
Kegembiraan kita tak layak untuk diraikan dengan dia?
Kesedapan cendol tak layak untuk kita nikmati dengan dia?

Kita dok nampak untung orang je,
Jenjalan merata separuh dunia travel
Makanya kita kata dia aksyen menunjuk-nunjuk lagi riak
Padahal kita tak tahu berapa lama dia kumpul gaji dalam tabung gajah
Berapa banyak kerja sambilan dia buat
Berapa keras dia merancang.
Dengan hanya sekeping gambar di FB dia makan etak salai (eh!) di sungai Seine
Mudahnya lidah kita tuduh dia riak
Yang kita seberang sungai Pahang makan patin tempoyak seperiuk tu
Boleh pulak kita lupa

Ya. Itulah kita
Hanya nak seisi dunia ni ikut apa yang kita nak
Ikut macam apa yang kita rasa baik dan elok
Padahal, kita pun sama je
Lupa nak muhasabah diri
Lupa nak tengok cermin
Lupa nak Tarik nafas sesaat dan tahannya beberapa detik
Untuk hayati betapa hidup ini bukanlah lama sangat.

Kalau nak orang bayar hutang kita, silalah bayar hutang orang.
Kalau nak orang baik dengan kita tanpa prejudis, makanya
baikilah diri sendiri, usah muncul masa perlukan orang sahaja
Masa senang lenang beria-ria kita bergumbira dengan orang lain
Beringat-ingatlah, pelanduk memang selalu lupa kat jerat
Tetapi jerat sentiasa sahaja terpasang dan bersedia untuk memerangkap
Usah nanti kita jatuh dalam perangkap sendiri.
Masa tu kang dah termalu!

Bila libatkan orang lain usah ikut apa yang kita je nak
Usah hanya ikut je apa yang kita faham
Silalah tanya dengan orang berkenaan
Kita bukanlah manusia yang boleh baca fikiran orang lain
Bagaimana kita, sebegitulah yang kita dapat
Walaupun dunia ni bukan tempat yang adil namun,
Paling tidak, tak adalah segala kebaikan yang kita dapat
Dek kerana perangai tak senonoh kita tu.



Selasa, 10 Januari 2017

Faiz Subri Menangi Jaringan Gol Paling Cantik PUSKAS 2016


Orang kata tuah ayam nampak di kaki...tuah orang tak siapa yang tahu. Namun, hakikatnya, tuah Faiz Subri juga terletak pada kakinya apabila beliau telah dinobadkan sebagai pemenang untuk jaringan gol paling cantik sepanjang 2016 dalam Anugerah Puskas Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA). FIFA tu...bukannya KADA ke, KAFA ke...jangan pulak ada orang tanya KADA tu pasukan bola sepak mana pulak ya, tanyalah nak kena lempang! 

Wah! Tetiba Faiz Subri pun dah jadi glamer satu dunia. Tahniah Faiz! Tahniah Malaysia!

ANUGERAH PUSKAS FIFA 2016 FAIZ SUBRI CIPTA SEJARAH [9 JAN 2017]



Faiz Subri merupakan penyerang Pulau Pinang, berusia 29 tahun, menerima anugerah hasil keunikan sepakan percuma tersebut daripada legenda bola sepak Brazil, Ronaldo dalam majlis gilang-gemilang 'The Best Fifa Awards'™ di Zurich, Isnin (awal pagi Selasa di Malaysia). Pemain Liga Super itu mengetepikan dua lagi finalis, Johnath Marlone Azevedo da Silva dari Brazil dan pemain wanita Venezuela, Daniuska Rodriguez untuk meraih anugerah yang julung kali dimenangi pemain Portugal, Cristiano Ronaldo pada 2009.

Jom kita tengok unik setara mana sepakan emas Faiz Subri ni hingga berjaya mengenepikan jaguh bola sepak dunia;

Video Sepakan Emas Mohd Faiz Subri (MAS) - FIFA PUSKAS AWARD 2016 Reaksi NOMINEE



Ambik kau! Tu dia ehhh!

Mohd Faiz dah cipta sejarah sebagai pemain Asia pertama dikurniakan anugerah itu yang dinamakan sempena legenda bola sepak Hungary, Ferenc Puskas. Puskas ni pemain hebat bersama pasukan Real Madrid pada 1950-an dan 60-an serta bersama pasukan kebangsaan negara beliau.
Wajah sang juara. Tak kira apapun orang kritik, dia memang juara!

Kejayaan Faiz Subri itu sekaligus menjadikan gol ajaib Faiz Subri - ketika pasukannya, Pulau Pinang menentang Pahang adalah gol yang tercantik di dunia sepanjang tahun 2016. Wow! Bola Sepak Malaysia dah setaraf dengan bola sepak dunia engkau! 

Mohd Faiz meraih 59.46 peratus undian, manakala Marlone (22.86 peratus) dan Rodriguez (10.01 peratus).

Ucapan Faiz Subri Kepada Seluruh Rakyat Malaysia



Anugerah jaringan gol paling cantik Puskas pernah dimenangi Ronaldo (Portugal ) pemain Turki, Hamit Altintop (2010), pemain Brazil,Neymar (2011), Miroslav Stoch dari Slovakia (2012), Zlatan Ibrahimovic dari Sweden (2013) dan pemain Colombia, James Rodriguez pada 2014. Wendell Lira (Brazil) pada 2015, dan dengan bangganya aku nak tulis Anugerah jaringan gol paling cantik Puskas 2016 dimenangi oleh Faiz Subri dari Malaysia. Wah!

Selasa, 3 Januari 2017

Kelantan Dah Banjir

Masa balik kampong Krismas lepas, cuaca masih panas terik. Hujan pun sekali sekala je. Tak lebatpun. Ingatkan, tahun ni taka da banjir bila amaran tentang hujan lebat selama 3 hari bermula 26 Disember hingga 28 Disember telah ditarik balik.

Sejak dua hari lepas, hujan mula turun. Banjir nak sambut tahun baru kot huhuhuhu jomlah tengok laporan yang disiarkan dalam Berita TV1 Jam 7 pagi tadi, 3 JAN 2017;

BANJIR DI KELANTAN- 1,568 PENDUDUK DIPINDAHKAN



Pada hari pertama persekolahan, Ahad 1 Januari 2017 pun dah banyak sekolah ditutup di Kelantan terutama sekolah-sekolah yang berada di Selatan Kota Bharu. Tahu apa maknanya? Biasanya memang akan banjir di selatan dahulu, selepas sehari dua air akan ke Kota Bharu dan melimpah.
Berikut Berita Jam 1 tengahari TV1 tadi pula melaporkan keadaan banjir terkini di Kelantan;

BANJIR DI KELANTAN



TERKINI! Keadaan banjir di Rantau Panjang pada 3 Januari 2017 dimuatnaik oleh Nakhoda Manis;



Di kampung ambo pong air naik dah, lepasi parit air tepi jalan. Tapi biasanya tak naik sangat, sekadar dalam parit tu aje. Cuma jalan nak ke rumah tu tenggelam jugaklah disebabkan ada orang cerdik pandai buat rumah tak gali parit huhuhuhuhu

Berikut adalah video keadaan banjir yang berlaku di sekitar Pasir Puteh ambo ambil dari FB Raja Shamri. Bukan niat nak timbulkan keadaan gusar dan cemas, tapi sekadar untuk kita sama-sama tahu setakat mana keadaannya terutama kepada anak-anak yang ibu bapa serta keluarga mereka berada di kampong halaman;




BANJIR DI KELANTAN- TOK PA LAWAT MANGSA BANJIR DI RANTAU PANJANG [3 JAN 2017]



Kita harapkan banjir pada tahun ini tidak seburuk banjir Kuning 2014. Moga-moga keluarga kita di kampong sentiasa berada di bawah lindunganNya.

Rabu, 30 November 2016

Video Konkrit runtuh di KL Eco City


Jam tiga petang tadi, konkrit jambatan runtuh (untuk pejalan kaki) yang 80 peratus siap dan masih dalam pembinaan telah runtuh. Konkrit yang sedang dalam pembinaan itu terletak di KL Eco City berhampiran Mid Valley Megamall di Jalan Kampung Haji Abdullah Hukum.



Salah seorang daripada dua pekerja Bangladesh yang terperangkap di bawah runtuhan jambatan pejalan kaki berjaya diselamatkan. Dia yang mengalami kecederaan di kedua-dua belah kakinya dihantar ke Pusat Perubatan Universiti Malaya.

Astro Awani: Konkrit runtuh di KL Eco City, beberapa mangsa kritikal



Petang tadi, dilaporkan seorang pekerja dari Vietnam terbunuh di tempat kejadian, manakala empat orang lagi cedera dan dua terperangkap di bawah runtuhan.

Video runtuhan konkrit KL Eco City dari dekat



Maklumat terperinci kejadian Konkrit runtuh di KL Eco City



Kita doa yang baik-baik ajelah ya. Semoga dimudahkan semua urusan.



Isnin, 7 November 2016

Kisah Bulu Ketiak

Huhuhuhu ada apa dengan bulu ketiak?

Mmmmm bukan semua orang punyai keyakinan yang tinggi tunjukkan bulu ketiak di khalayak ramai. Tapi, tetap ada, moh tengok 7 orang yang sangat berkeyakianan menampilkan bulu ketiak di khalayak umum;



Macam mana dengan kalian? Berani?

Adusssss!!!